Pandang-pandang, Jeling-jeling (with Orkestra Filharmonik Malaysia) [Live]

Besar hati sama Siti, suke dan mau menyanyi dengan saya
Dan (terima kasih) iyalah kalau dulu-dulu saya mude-mude
Jahanam juga nih
Jadi, heh!
Ini dah tue dah lagi dah magrib
Saya belajar juga kalau tak ndak saya bacekan
Dia punya cucu ilmu nih...

Ya Datuk saya pun macam ntu Siti
Macam bulan jatuh ke ribe dapat bersama Datuk...

Kita nyanyikan ciptaannya Sa tan liriknya saya tulis sendiri
Tak ada ape-apae lagunya kasih tapi Just like that u know!
Pandang-pandang Jeling jeling

Cincin intan bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang

Kenapa tuan tak mahu berkasih
Adakah orang akan melarang
Kain sarung kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah

Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati

Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah

Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu

Mana kan boleh berganding sama
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya

Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah



Credits
Writer(s): Salim Bin Sheikh Mohammed, Hashim Bin Said
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link