SEPULUH Jong Masuk Anjing Bercawat Ekor Juga

Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga
Minda kekal lapuk, walau ilmu di depan mata
Pustaka berhabuk, pabila tertutup hatinya
Hai, sehari suntuk, enggan makan nasihat muda

Tiap hari jadi kelasi
Berlayar di medan maya kini
Kendatipun begitu
Yang dicerna melulu
Punya landasan yang berasaskan nafsu yang mahu

Terus kekal bawah tempurung
Selesa kelembapan minda terkurung
Bijaksana; pupus dari dunia
Natijahnya pabila keras kepalalala

Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga
Minda kekal lapuk, walau ilmu di depan mata
Pustaka berhabuk, pabila tertutup hatinya
Hai, sehari suntuk, enggan makan nasihat muda

Sudah jadi hal yang biasa
Meninggi diri, pegang pada panji
Reput hilang takuk perintah
Meski penuh karat nanah
Degil dengan batil yang tak adil tegak benang basah

Sangkal bermati-matian
Ego yang berperang dengan serkap jarang
Terus terang kalau tak tahu jalan
Asalkan bukan insan kepala bananana

Dari barat ke timur, selatan ke utara
Tak pernah terputus pengetahuan di dunia
Dari syurgaaa ke neraaaka hingga tujuh petala
Tepuk dada tanya mana selera tuk jadi peka

Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga
Minda kekal lapuk, walau ilmu di depan mata
Pustaka berhabuk, pabila tertutup hatinya
Hai, sehari suntuk, enggan makan nasihat muda



Credits
Writer(s): Takahara Suiko
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link