Siapa Sangka Siapa Menduga

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah ku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan

Tak dapat dinafikan berbagai dugaan
Datang secara tiba-tiba
Apa erti makna tersembunyi?
Istana yang dibina
Teguhnya sementara
Kau mengundurkan diri dariku

Tinggallah aku kini seorang diri
Ke sana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka, siapa menduga?
Engkau berubah, tiada ku pinta
Kerana hidup bahgia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang ku kesalkan dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana ku sungguh menyayangimu

Hidup aku berteman
Rindu tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

Tinggallah aku kini seorang diri
Ke sana dan kemari
Mencari salahku waktu denganmu
Sambil mengubat hatiku yang sepi

Siapa sangka, siapa menduga?
Engkau berubah, tiada kupinta
Kerana hidup bahgia sentiasa
Tanpa sengketa

Yang ku kesalkan dan tak ku lupakan
Aku korbankan seluruh hidupku
Semata-mata ingin melihat kau gembira
Kerana ku sungguh menyayangimu

Hidup aku berteman
Rindu tak pernah padam
Terkilan berpanjangan
Sambil menyapu air mata

Bertahun sudah berdua bersama
Menempuh segala dugaan
Walaupun hidup ada kekurangan
Bukan kehendakku
Tabah ku hadapi denganmu
Itulah yang ku pertahankan



Credits
Writer(s): Lukhman S, Azmeer
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link